Inilah dia contoh pokok seralat setinggi 10meter, berusia 90thn lebih…
So ini buah dia bila masih muda, belum boleh makan lagi, kaler oren berbulu, geram gak tengok.
Ini rupa batang pokok, hidup kawasan khatulistiwa. Kawasan tanah rata dan tanah tinggi. Kat pekan BM ada satu.
Okey kelihatan yg merah2 tu dah masak
Ini buah bila dah masak, dia akan jatuh sendiri. Kaler pinkish, dark red.
Buah ni ada miang bulu halus, kena hati2 pegang.
Kalau terpegang, cepat2 sapu kat rambut.
Miang tu akan hilang.*Petua*
OK, cara membuang miang dari buah ialah dengan mengalirkan pada air (kasi miang tu lembab), kemudian tonyoh dengan sabut kelapa.
Nampak? Kaler kulit yg lebih pink akan kelihatan. Lawa dak?
Setelah dikupas kulit (mcm kupas kulit epal, mangga, etc.), beginilah isi dia.
Rasa dia manis2 payau / kelat. Macam buah epal gebu
So lani tengah musim, ikut suka nak berbuah. Harap sesapa yg nak rasa buah pokok ni sila lah...mai amek bijik terus buat benih.
No comments:
Post a Comment